Latihan industri yang bermula sejak 1 Jun akan berakhir tidak lama lagi. Begitu cepat masa berlalu, dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku bersama-sama dengan mereka yang banyak memberikan aku input yang berguna mengenai dunia publishing. Aku menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat penerbitan novel, bermula di office lama iaitu di Bandar Baru Bangi dan sekarang telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Bukit Puchong. Bandar Baru Bangi dan Bandar Bukit Puchong adalah tempat yang sangat baru bagi aku. Sebelum ini aku hanya mengenali Shah Alam, dan aku mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mengadaptasikan diri dengan suasana persekitaran yang baru ini. Bulan pertama di Bandar Baru Bangi, aku mengalami masalah antaranya pengangkutan dan kewangan, maklumlah time tu duit PTPTN tak dapat lagi dan aku terpaksa berjimat cermat agar duit yang bapa aku kirim tu cukup untuk tampung hidup aku selama sebulan sambil menanti kalau-kalau ada elaun diberikan. Alhamdulillah, saat-saat aku kekeringan, penyelia aku menghulur elaun. Sangat-sangat bersyukur dan dengan duit elaun itu lah aku bayar rumah sewa; rumah sewa kat Shah Alam & Bandar Baru Bangi dan selebihnya digunakan untuk perbelanjaan harian.
Permulaan menjalani LI agak nervous juga. First time merasai suasana bekerja dalam office. Alhamdulillah, bos & rakan-rakan sekerja banyak membantu, memberi tunjuk ajar sehinggakan aku yang pada mulanya kosong ilmu publishing akhirnya mendapat juga input berguna. Dan sangat bersyukur kerana rakan-rakan sekerja tidak lokek untuk menghulur bantuan.
Tugasan di bulan pertama : Aku hanya diberikan tugas membaca manuskrip baru yang dihantar oleh penulis baru dan lama, then komen manuskrip tu sama ada okey or tak, and ada tugasan sampingan.
Tugasan di bulan kedua : Still membaca manuskrip yang berlambak. Ada yang berkenan akan diterima, kalo ada yang merapu merepek citernya terpaksalah ditolak. Buat pertama kalinya deal dengan penulis. Dan baru aku tahu, penulis ni boleh tahan juga kerenah mereka.
Tugasan di bulan terakhir : Di bulan yang terakhir ini kerja memang banyak. Aku diberi peluang 'proofread' karya yang akan dicetak iaitu karya bagi novel awal remaja, memastikan tiada kesalahan ejaan etc coz tak best la kan kalau pembaca membaca karya yang ada kesalahan dari segi ejaan dan tanda baca yang tak betul. Dan aku diberi peluang mengedit manuskrip yang telah diterima. Sangat teruja coz selama ini aku memang berangan untuk menjadi seorang editor novel.
Sempena Ramadhan ini, Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan setelah hampir 3 bulan menuntut ilmu di syarikat ini; aku ditawarkan untuk meneruskan khidmat di syarikat tersebut selesai sahaja aku menamatkan pengajian Ijazah. Kemungkinan besar bulan 12 ini aku akan bekerja kembali bersama mereka. Harapnya mereka tidak berubah fikiran. Aku diberi pilihan sama ada ingin bekerja secara kontrak or permanent, dan aku memilih untuk bekerja secara kontrak iaitu sehingga majlis konvokesyen tahun depan. Dan mereka memberi peluang kepada aku sekiranya ingin menjadi permanent staff apabila kontrak dah habis. It's good news for me & for the people that I love.
.: Thank You, Allah. Di saat aku rungsing memikirkan hala tujuku selepas ini, Engkau tunjukkan jalan kepadaku dan melimpahkan aku dengan RahmatMu.
.: 3 bulan bersama mereka membuatkan aku rasa sayang untuk meninggalkan mereka. Tapi apa kan daya, ada tanggungjawab lain yang perlu aku selesaikan.
2 comments:
tahniah syg...amy happy tuk mia...luv u...miss u...:)
eh jap...jangan berat2...nantikan nak dtg situ lagi...hehehe...
Farah~ Thanks, amy. hihi
still rasa berat gak, time pktikal ni teda assignment, teda exam...nanti start kuliah fikiran sarat ngan assignment n exam hihi
Post a Comment