Thursday, September 23, 2010

Jealous?Of Course....I'm not.

Aku telah accept friend request seorang lelaki iaitu abang kepada cintaku yang tidak menjadi... Dari situ aku melihat ada FB milik si Dia dan gfnya. May be facebook itu milik bersama. Dan aku terbaca di wall milik mereka itu tentang 'sejadah', 'telekung'. Walaupun tidak dinyatakan untuk apa sejadah & telekung itu, aku sebagai budak bahasa sudah pastinya tahu implikatur post di wall itu. Setelah di analisis menggunakan teori relevans, dengan menggunakan usaha memproses yang tidaklah terlalu tinggi, aku dapat mengagak pastinya ada pengakhiran yang menggembirakan buat mereka berdua iaitu Encik H dan Cik J akan mengikat hubungan mereka.Cuma aku tidak tahu sama ada diakhiri dengan ikatan pertunangan ataupun pernikahan coz aku tidak ada pengetahuan bersama. Mereka sahaja yang tahu. Apa pun.... AKU DOAKAN KALIAN BERDUA BAHAGIA SENTIASA.
Aku jealous... sebab dia dah nak kahwin, aku ni tak kahwin-kahwin lagi...huhu...=(... Tapi aku TAK JEALOUS melihat hubungan mereka bahagia, aku tumpang gembira melihat kebahagian mereka. Sudah tertulis wanita lain yang dicipta untuknya bukannya aku, kerana aku dicipta untuk lelaki lain.('',)

p/s Agak-agak dia jemput tak aku datang pergi majlis dia??

2 comments:

Caryne@ Xinnian said...

Semoga Cik Mia bahagia dengan lelaki yg ditentukan utk bersama, En N. =)

Sal said...

Caryne, thanks...=)
Itulah harapan sy juga.