Saturday, January 8, 2011

1st Entry : Social Networking

Assalamu'alaikum. Hari ini merupakan hari ke-8 kita berada di tahun 2011. Soalan standard bila awal tahun : Apa azam tahun ini? Azam aku; ingin mengupdate blog setiap hari.Hoho... Tapi macam susah aje nak achieve azam ni. Penat bila balik dari kerja so bila di rumah sangat la malas untuk aku membuka laptop, maknanya sangat susah la untuk aku mengupdate blog ini yang macam hidup segan mati tak mahu.

Berbalik kepada entry di atas, social networking. Kalau dulu friendster & Myspace lah yang paling menjadi kegilaan remaja. Tapi bila fenomena FB menyerang kita semua, kita dah kurang mengunjungi laman sosial yang dah menjadi 'veteren' itu. Hebat juga kan FB ni, bukan setakat remaja...
Ibu bapa, cikgu-cikgu, n budak2 sekolah rendah pun dah layan FB. Kalau yang dah lama meninggalkan zaman sekolah, FB ni la tempat untuk menjalin semula hubungan persahabatan, jumpa balik cikgu-cikgu dan jumpa balik buah hati yang telah diceraikan.

Tapi apa yang aku nak kongsi di sini ialah perkenalan melalui FB. Ramai juga yang aku kenal melalui FB, mostly perempuan lah. Contohnya, cik yang comel ini... Kecha namanya.(Ni la sebenarnya tujuan entry di atas, nak kenalkan kawan aku ni... yang ayat banyak-banyak kat atas tu just intro)

Thanks for being my friend =)

Dia ni sahabat kepada my bf okey. Comel kan. Actually, kami tak pernah berjumpa walaupun niat di hati teringin lah juga. Perkenalan bermula di FB. Then we start messaging each other. Dan bermula lah perkenalan dengan dia. My bf kata she's a nice girl. dan aku setuju dengan katanya Kami bermesej di inbox, then chat di FB dan YM, Then start berSMS, and call. Dengar dari suara dia, pada pendapat aku dia seorang yang periang. Macam pelikkan kita boleh rapat dengan orang yang hanya dikenali di 'alam maya'. BerSMS dan Chatting seolah-olah kami dah kenal lama, cerita itu dan ini. Tapi orang kata, kalau kita ni ikhlas bersahabat, hati kita akan saling terikat & that's why boleh buat hubungan persahabatan kita menjadi lebih mesra. Berkenalan dengan dia juga membolehkan aku mengenali kakak iparnya, Kak Ana ( hari ni birthday dia tau). Comel macam kecha juga. Dan ketika aku menulis entry, aku sebenarnya sangat berharap dapat berjumpa dengan mereka berdua suatu hari nanti. Rasanyan ni boleh dijadikan antara azam tahun 2011. Amin. ('',)

Bah enough tuk hari ni. ;p

0 comments: