Al-Fatihah buat Allahyarham Mohammad Ilham Ellani. Perginya tanpa diduga, tapi Allah lebih berkuasa. Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya? Allahyarham merupakan adik kepada sahabat baik saya dan merupakan junior saya sewaktu sekolah rendah. Last kami berjumpa, ketika menghantar Allahyarham ke airport (september 2011) kerana ingin menukar penerbangan. Malam sebelum penerbangannya kembali ke Jordan, baru dia sedar yang pasportnya hilang. Rupanya ada hikmah disebaliknya. Percutiannya di kampung bersama2 dengan keluarga tercinta menjadi panjang. Rupanya itulah perkumpulan mereka sekeluarga yang terakhir. November merentap kegembiraan mereka tapi dia tenang menerima khabar yang dia rupanya menghidapi penyakit Acute Myeloid Leukemia. Seminggu menanggung kesakitan, akhirnya Allah menjemputnya pulang. Betapa Allah benar2 sayangkan arwah. Tidak mahu arwah menanggung derita yang lebih panjang. Kelmarin pagi jenazah arwah selamat tiba dan dikebumikan di Kinarut.
Semoga Allahyarham elan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sepanjang hayatnya, arwah merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa menyenangkan hati keluarga, periang... walaupun elan sudah tiada di muka bumi ini, tapi dia tetap hidup dalam hati kami.
:. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada yang akan kekal melainkan Allah SWT.

2 comments:
aku pun nk update blog nak tulis pasal budak mucuk tu..tp mcm berat je..huhuu..
thanks makcik..ko da byk tlg aku..
sabar ya cik sri panggung. Berat mata aku memandang, berat lagi bahu kamu sekeluarga memikul. Sekali sekala aku rindu juga dek lan... aku suka tgk dia usik2 ko.
Aku menolong apa yang termampu fathin. Itu la fungsinya kawan, kan.=)
Post a Comment