Assalamualaikum WBT. Topik kita hari ni ialah kahwin. Bulan December adalah bulan untuk orang kahwin. Untuk bulan ni saja banyak jemputan kahwin. Kawan kahwin kat Putrajaya, kawan kahwin kat Melaka, & kawan kahwin kat Kuching. Tapi semua tak dapat pergi. Why? Tiket mahal sayang2ku. Paling ralat bila tak dapat pergi majlis kahwin kawan yang kat kuching. My imot nak kahwin. Sayangnya tak dapat pergi majlis kahwin dia.huhu... sedih.:(
Bila tengok kawan-kawan kahwin, tipu la kan kalau saya tak terdetik hati nak kahwin. Semua orang nak kahwin gak kan. Bila pergi rumah kawan-kawan yang kahwin ni mesti kena tanya turn ko bila? Aku senyum jak la kan. huhu... tak apa saya percaya Allah dah aturkan jodoh untuk saya. Jadi saya tunggu dengan sabar.:)
Saturday, December 17, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Selesai Sudah Pencarian
Alhamdulillah, selesai sudah pencarian. Gembiranya rasa hati bila dapat mengetahui perkembangan seorang sahabat yang lama tidak berjumpa, Anor a.k.a budak kecik. My roomate yang paling disayangi. Entah kenapa hari ni hati terdetik untuk cuba mencarinya dengan menggunakan khidmat google. Fb dia aku tak tau. Aku taip 'anor'...hmmm benda lain pula yang kuar. Hmm...try la taip nama blog dia yang dulu... eh...eh... ada la. Macam baru update je blog dia ni. Betul kah ini blog anor? baca sampai bawah, tengok gambar... Yes! Betul Anor. Anor, I miss u! Kau tau kah aku sayang kau!;p
:. Mood memBLOG datang bila terbaca blog Anor.
:. Mood memBLOG datang bila terbaca blog Anor.
Pergi Tak Kan Kembali
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohammad Ilham Ellani. Perginya tanpa diduga, tapi Allah lebih berkuasa. Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya? Allahyarham merupakan adik kepada sahabat baik saya dan merupakan junior saya sewaktu sekolah rendah. Last kami berjumpa, ketika menghantar Allahyarham ke airport (september 2011) kerana ingin menukar penerbangan. Malam sebelum penerbangannya kembali ke Jordan, baru dia sedar yang pasportnya hilang. Rupanya ada hikmah disebaliknya. Percutiannya di kampung bersama2 dengan keluarga tercinta menjadi panjang. Rupanya itulah perkumpulan mereka sekeluarga yang terakhir. November merentap kegembiraan mereka tapi dia tenang menerima khabar yang dia rupanya menghidapi penyakit Acute Myeloid Leukemia. Seminggu menanggung kesakitan, akhirnya Allah menjemputnya pulang. Betapa Allah benar2 sayangkan arwah. Tidak mahu arwah menanggung derita yang lebih panjang. Kelmarin pagi jenazah arwah selamat tiba dan dikebumikan di Kinarut.
Semoga Allahyarham elan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sepanjang hayatnya, arwah merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa menyenangkan hati keluarga, periang... walaupun elan sudah tiada di muka bumi ini, tapi dia tetap hidup dalam hati kami.
:. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada yang akan kekal melainkan Allah SWT.
Semoga Allahyarham elan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sepanjang hayatnya, arwah merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa menyenangkan hati keluarga, periang... walaupun elan sudah tiada di muka bumi ini, tapi dia tetap hidup dalam hati kami.
:. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada yang akan kekal melainkan Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)