Assalamu'alaikum & Selamat pagi ye anak2.;p (macam mak orang aje)
Nak kongsi sikit isu berat badan. Ya berat aku bertambah dari hari ke hari. Kadangkala turun sikit lepas tu naik balik. Pendek kata setiap hari setiap jam aku timbang berat. Baru minggu lepas turun pi 54 kg (tu pun da berat), tapi sejak Encik Khairul balik KK bercuti berat aku naik 2kg. 54 kg +2kg = 56 kg. Sangatlah ko berat Cik Mia oiiii... Ni aku nak salahkan siapa? Salahkan dia sebab balik & membuatkan selera makan aku bertambah-tambah atau salah diri sendiri yang pantang tengok makanan? (Cik Mia sila jawab sendiri ye..;p)
Oleh sebab berat badan makin naik, hari ni aku bawa raket badminton pergi office coz pas maghrib nanti kami ada training tuk wakil Sabah. Hebatnya kami wakil Sabah! haha... tak lah, sebenarnya kami di office ni semua tengah berusaha turunkan berat badan, so kenalah banyak exercise kan. Orang di Office ni memang gila bersukan. Main badminton la, renang la... pendek kata semua sukan diorang mau main. So malam ni kami akan berentap bermain badminton di Dewan Kingfisher. Kita tengok siapa yang menang malam ni. =)
Ok enough untuk pagi ni. Kita jumpa lagi esok ye tak pun malam ni (tu pun kalau rajin).
Have a nice day, tetamu-tetamu blog ku.
.: Sebelum ni aku ingat main badminton ni main pukul bola, pas join diorang baru tahu peraturan2.;p
0 comments:
Post a Comment