Wednesday, February 22, 2012

Al-fatihah buat cousinku

Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi.

Dekat pukul 4 pagi pada 18hb Februari aku terima satu panggilan. Kalau orang call pagi2 buta ni mesti ada yang tak kena. Dan aku dah bersedia untuk mendengar perkhabaran yang aku boleh jangka. Perkhabaran yang membuatkan air mata gugur. Perginya sepupu ku kembali kepada pencipta-Nya. 

Pertama kalinya dalam hidup aku tengok salah seorang keluarga ku pergi, di mandikan, dikafankan dan disemadikan. Sebelum ni pak cik & mak cik meninggal, aku di KL so tak berkesempatan melihat semua ini. Tak sangka dalam ramai kami bersepupu yang muda dia pergi dulu ketika usia 24 tahun.  Benar, usia bukan penentu kita akan hidup lama. 

Al-fatihah, Nenny. Ko tetap hidup dalam hati kami. 
Tiada sudah kedengaran lawak jenaka mu.
Kami akan rindukan ko. Semoga ko tenang di sana.
 
.: Baru-baru ni kami bersepupu berkumpul dengan gembira. Kali ini berkumpul kerana bersedih. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

0 comments: