Wednesday, February 1, 2012

Practice Makes Perfect

Assalamu'alaikum & selamat pagi.

Semalam angin kerajinan tahap melampau telah datang. Check bahan-bahan... ok semua bahan ada. Teringin lah pula buat puding roti. Before ni buat puding jagung tapi tak berapa nak jadi, rasa dah ok tapi lembik semacam je. So, kali ni cuba nasib pula buat puding roti. Dapat resepi ni dari blog orang. Taip je Diari Bonda InsyaAllah jumpa lah blog tu. 
Orang lain sibuk prepare dinner aku sibuk buat puding. Resepi yang simple & bahan-bahan pun senang nak dapat. Bahan diperlukan, susu cair, telur 3 biji, butter, tepung kastard, gula.

Cara nak buat :
1. Panaskan susu cair tu. Agak-agak dah panas, matikan la api tu.
2. Masukkan 2 sudu besar tepung kastard & 2 sudu besar butter ke dalam mangkuk. Then masukkan beberapa sudu susu cair tadi tu. Gaul-gaul supaya tak berketul-ketul.
3. Bila dah sebati campuran tu, masukkan bahan2 tersebut ke dalam bekas susu cair yang kita dah panaskan tadi.
4. Selepas tu, masukkan 7 sudu gula (ni kalau ikut resepi yang dari blog Diari Bonda) tapi saya letak 5 sudu je. Tu pun dah cukup manis.
6. Kat bekas lain, pecahkan 3 biji telur ayam. Kacau guna garpu (dan yg sewaktu dengannya), masukkan essen vanila. Kemudian masukkan telur tersebut ke dalam campuran susu cair + tepung kastard tadi. Kalau nak letak serbuk kayu manis pun boleh juga.
7. Then carik-carikkan roti (kalau orang KK panggil roti paun, ada kawan-kawan panggil roti potong) & masukkan ke dalam bekas kukusan yang dah digriskan dengan butter. 
8. Last step, tuangkan campuran susu cair tadi ke dalam bekas tersebut then kukus la selama 45 minit. 

Mudah je kan. Selamat mencuba kepada yang nak cuba tu.=)

.: Dia selalu bagi support bila aku kata nak masak tu masak ni. Dia kata "practice makes perfect". Kalau hari ni tak jadi, next time try lagi. :)

0 comments: