Tuesday, February 28, 2012

Rasa si ibu

Assalamu'alaikum & selamat pagi.

Pagi-pagi baca blog kak kizzy, sedihnya bila baca. Saat kita inginkan seorang baby, melihat denyutannya, tetapi Allah ambil dia dari kita. Sedih memang sedih, tapi kak kizzy lagi rasa sedih. Tapi pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Semoga kak kizzy terus tabah dan kuat. InsyaAllah selepas ni Allah akan berikan rezeki baby kepada kakak. Amiin. =)

Sahabat yang ku sayang juga baru mengalami keguguran. Kemudian mereka diuji lagi bila hari keesokannya ibu mertuanya pula pergi. Rasa nak terbang ke tempatnya, tenangkan dia. Tapi malangya aku hanya mampu tenangkan dia di ruangan chat FB sahaja. Aku hanya mampu mendoakan semoga Allah memberikan rezeki baby kepadanya. Kita diuji kerana Allah sayangkan kita.=)

.: Sejarah cousin2 ku, mereka mengalami keguguran pada baby pertama yang mereka kandungkan. Aku terfikir juga adakah faktor keturunan atau kerana ketika itu rahim tak cukup kuat? Lalu aku positifkan pemikiran~ semua itu terjadi kerana ketentuan Allah dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

0 comments: