Tengok je title entry kali ni yang ala-ala Jepun menjawab persoalan ke mana hilangnya aku weekend tak update blog. Kelmarin bermula lah life sebagai student(gakusei). Aku join kelas bahasa Jepun! Dari dulu nak belajar cakap Jepun then kali ni tercapai. Ikut kelas Jepun bermaksud akan kuranglah pembaziran masa depan laptop, & kurang la sudah masa untuk berehat. Isnin- Jumaat=Kerja, sabtu & ahad=Kelas Jepun.=)
Kenapa Kelas Jepun? Sebab aku suka tengok citer Jepun. Dan boleh tambah ilmu kot2 terserempak dengan Nihon-jin boleh la bertutur dengan mereka. Dengan ini, bertambahlah bahasa asing yang aku pelajari. Bahasa Inggeris, Bahasa German & Bahasa Jepun. Yeah! Seriously, aku suka bila pelajari satu benda yang baru. Ok, cukup la update tuk malam ni. It's time to sleep, dear.
Good Night, Guten Nacht, Oyasuminasai!
0 comments:
Post a Comment