Tuesday, February 28, 2012

Rasa si ibu

Assalamu'alaikum & selamat pagi.

Pagi-pagi baca blog kak kizzy, sedihnya bila baca. Saat kita inginkan seorang baby, melihat denyutannya, tetapi Allah ambil dia dari kita. Sedih memang sedih, tapi kak kizzy lagi rasa sedih. Tapi pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Semoga kak kizzy terus tabah dan kuat. InsyaAllah selepas ni Allah akan berikan rezeki baby kepada kakak. Amiin. =)

Sahabat yang ku sayang juga baru mengalami keguguran. Kemudian mereka diuji lagi bila hari keesokannya ibu mertuanya pula pergi. Rasa nak terbang ke tempatnya, tenangkan dia. Tapi malangya aku hanya mampu tenangkan dia di ruangan chat FB sahaja. Aku hanya mampu mendoakan semoga Allah memberikan rezeki baby kepadanya. Kita diuji kerana Allah sayangkan kita.=)

.: Sejarah cousin2 ku, mereka mengalami keguguran pada baby pertama yang mereka kandungkan. Aku terfikir juga adakah faktor keturunan atau kerana ketika itu rahim tak cukup kuat? Lalu aku positifkan pemikiran~ semua itu terjadi kerana ketentuan Allah dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Wednesday, February 22, 2012

Al-fatihah buat cousinku

Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi.

Dekat pukul 4 pagi pada 18hb Februari aku terima satu panggilan. Kalau orang call pagi2 buta ni mesti ada yang tak kena. Dan aku dah bersedia untuk mendengar perkhabaran yang aku boleh jangka. Perkhabaran yang membuatkan air mata gugur. Perginya sepupu ku kembali kepada pencipta-Nya. 

Pertama kalinya dalam hidup aku tengok salah seorang keluarga ku pergi, di mandikan, dikafankan dan disemadikan. Sebelum ni pak cik & mak cik meninggal, aku di KL so tak berkesempatan melihat semua ini. Tak sangka dalam ramai kami bersepupu yang muda dia pergi dulu ketika usia 24 tahun.  Benar, usia bukan penentu kita akan hidup lama. 

Al-fatihah, Nenny. Ko tetap hidup dalam hati kami. 
Tiada sudah kedengaran lawak jenaka mu.
Kami akan rindukan ko. Semoga ko tenang di sana.
 
.: Baru-baru ni kami bersepupu berkumpul dengan gembira. Kali ini berkumpul kerana bersedih. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Friday, February 17, 2012

Mau senyum lebar-lebar =)

Assalamu'alaikum & selamat pagi.

Kelmarin hari yang sangat bahagia bagi. Dapat apa yang kita impikan bukankah sesuatu yang membahagiakan?

Entah kenapa pagi-pagi tu aku rasa rindu dengan saudara mara aku. Dah lama tak kumpul ramai2. Selalunya bila ada kenduri time tu la kami berkumpul, bercerita, menganyam ketupat haha... xde lah.;p Oleh sebab perasaan rindu itu, aku post la kat FB apa yang aku rasa.

Alhamdulillah, petang itu Allah kabulkan apa yang aku inginkan. Adik mesej & beritahu pas kerja terus pergi rumah mak cik. Ada kenduri katanya. Terus hilang rasa penat bekerja bila berjumpa dengan diorang. Makan-makan (standard la kan kenduri mesti ada makan-makan), cuci pinggan ramai-ramai. Walaupun mata aku time tu dah mengantuk sangat(coz jam tidur aku ialah pukul 9-10 malam) aku paksa juga diri. Apa-apa pun aku sangat gembira semalam. =)

Tuesday, February 14, 2012

Anak buah yang ke-2? Anak sapa?

Assalamu'alaikum & Selamat pagi. 

Just want to share good news. My sis told me she's PREGNANT. Yeah! Bila sis telefon hari tu, ayat bukan main berbunga-bunga lagi, then aku serkap jarang 'napa ko pregnant ka?' Dan dia mengakuinya. Ok positif. Rezeki Allah kan tak boleh nak tolak. Kecian juga dia, dah la jauh dari suami (my sis di Perak, still study & skang tengah praktikal). Hope nda la extend study. =)

.: Aku ada anak buah (sarah) tapi susah mau jumpa walaupun rumah dekat2 saja, so aku minta kakak aku bagi aku anak buah. Time tu dia baru kahwin. 
Sal : Kak, aku mau anak buah bah.
Sis : Ish... aku mau kasi habis dulu belajar.
Sal : Ala, aku mau juga.
Sis : Ko kawin la, baru dapat anak sendiri.
Sal : Nda mau. Aku mau anak ko.
Sis : Sot. (Free2 dapat)
Dan akhirnya Allah kabulkan permintaan ku. Thank You Allah=)

Sunday, February 12, 2012

Watashi wa salmia desu!

Assalamu'alaikum.('',)

Tengok je title entry kali ni yang ala-ala Jepun menjawab persoalan ke mana hilangnya aku weekend tak update blog. Kelmarin bermula lah life sebagai student(gakusei). Aku join kelas bahasa Jepun! Dari dulu nak belajar cakap Jepun then kali ni tercapai. Ikut kelas Jepun bermaksud akan kuranglah pembaziran masa depan laptop, & kurang la sudah masa untuk berehat. Isnin- Jumaat=Kerja, sabtu & ahad=Kelas Jepun.=)

Kenapa Kelas Jepun? Sebab aku suka tengok citer Jepun. Dan boleh tambah ilmu kot2 terserempak dengan Nihon-jin boleh la bertutur dengan mereka. Dengan ini, bertambahlah bahasa asing yang aku pelajari. Bahasa Inggeris, Bahasa German & Bahasa Jepun. Yeah! Seriously, aku suka bila pelajari satu benda yang baru. Ok, cukup la update tuk malam ni. It's time to sleep, dear.

Good Night, Guten Nacht, Oyasuminasai!

Tuesday, February 7, 2012

Happy Birthday Mia



Assalamu'alaikum. =) 


Alhamdulillah, hari ini Allah bagi kesempatan untuk aku terus bernafas dan merasa manisnya usia 25 tahun. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya peluang ini untuk terus mencari keredhaanNya.

Thanks kepada rakan-rakan yang wish. Really appreciate it. Dan xkurang juga yang mendoakan semoga aku cepat kahwin. adoi... haha... 

Tahun ni tiada surprise birthday dari dia. Kali ni dia guna pendekatan lain.
Tahun lepas dia godek fb aku n buat ini. Awal-awal pagi dah tinggalkan mesej suruh buka FB bila bangun. Aku dengan penuh rasa ingin tahu buka la FB. Okey, aku terharu huhu...;'p

Tahun ini dia telah berjaya buat aku percaya yang dia tak pedulikan aku N malam tadi SMS just mesej Happy birthday. Then aku dengan tak puas hatinya membebel macam mak nenek. haha... tak lama kemudian dia call, dengar je suara dia di sebelah sana, dengan gelaknya dia wish "Happy birthday, xxxx!" chewah... berbunga hati.

.: Doakan saya menjadi lebih baik daripada yang sekarang ni. saya dalam proses untuk berubah dan terus berubah ke arah kebaikan.











Sunday, February 5, 2012

Happy birthday Sweet Lady, Khairieah ('',)

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi.

Happy birthday, my sweet adik Khairieah. Semoga sentiasa mendapat perlindungan daripada ALLAH SWT dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, tahun ini beliau bertuah kerana  berpeluang berkongsi ulang tahun dengan Nabi kita Nabi Muhammad SAW. MaulidurRasul tahun ini jatuh pada 5hb Februari. Beruntungnya dia. =)

Inilah dia Khairieah a.k.a gadik (yg bertudung ye);p & kat sebelah tu bakal adik ipar ku.chewah...(Amin).

Khairieah ni sebenarnya adik sepupu kepada c Nuar. Cantik kan dia. Manja-manja sikit.hihi... First time jumpa dia masa hantar wawan pergi UiTM Puncak Alam. Selalu chat2, then finally dapat jumpa. Masa kat KL rasanya dengan dia yang aku selalu jumpa. P makan-makan, round Masjid Jamek cuci mata... rindunya mau jalan-jalan sama dia.;p Miss u, dik.
 
 

Saturday, February 4, 2012

040212

Assalamu'alaikum. =)

Hari ini sangat penat. Pagi tadi pergi majlis kahwin Yin kat sebelah pihak lelaki pula. Kalau sebelum ni kat rumah Yin dapat jumpa kawan-kawan time kat Tansau, kali ni bertemu pula dengan kawan-kawan time di SK Putatan. Dah jadi majlis reunion pula.hehe... Terubat rindu bila jumpa dengan diorang walaupun tak semua aku dapat jumpa. Aku xde ambik gambar pun, hp tak berapa nak canggih kan. So kena tunggu gambar dari kawan-kawan.

Selepas dari majlis tu, aku ajak la kawan aku yang seorang ni pergi jalan-jalan cuci mata. Cian kat dia, 2 minggu cuti tapi asyik terperuk kat rumah coz dia xde kawan nak jalan-jalan. Oleh sebab dia lama sangat tinggal kat KL, dia teringin sangat nak minum YOYO. Jadi sambil tunggu Cik DJ Fatin sampai, kitorang pergi la beli YOYO. Gembiranya Ani bila dapat minum YOYO. Katanya dah lama tak minum.
Bila Fatin dah sampai, kitorang pergi la test vocal... berabis la nyanyi-nyanyi. Saja test power.hihi... sejam lebih juga duduk dalam tu. Pendek kata hari ni sangat enjoy. Rasa macam tak nak berpisah je dengan diorang tadi.Hope dapat jumpa lagi before Ani balik KL. Amin.=)

.: Alhamdulillah persahabatan yang dijalin ketika masih di bangku sekolah rendah lagi masih bertahan sehingga sekarang. Tips untuk kekal bersahabat ialah keikhlasan untuk menjalinkan persahabatan. 

Friday, February 3, 2012

Suratan atau kebetulan?

Assalamu'alaikum.

Malam ni dalam mood tak berapa nak ok, tak berapa sihat sebenarnya. Oh ya, hari ni follow blog c Jun iaitu kawan baik Emas Putih.... I follow you.;p (Bertambah koleksi blog untuk dibaca)

Malam ni nak share sikit cerita pasal aku & dia. Wah, adakah ini suratan atau kebetulan? Sebenarnya hari ni tekak aku rasa loya-loya sikit.hoho...jangan fikir bukan-bukan ye. Tak tahu la apa benda aku dah makan sampai aku rasa loya-loya, ada kot benda yang aku dah makan sampai aku rasa macam muak, mual dan yang sewaktu dengannya. Pandangan pun berpinar-pinar. Adoi! Macam biasa la bila sakit2 mulalah mau kasitau dengan itu budak. "Awak (bukan nama sebenar) saya rasa loya-loya la" terus dia jawab "Eh, sama la" Mungkin kebetulan sama-sama rasa macam tu. Haha... selalu sangat macam tu. Pernah juga time tu dia migrain, & dalam masa yang sama aku pun migrain. Aku demam dia pun demam sampai pernah aku cakap dengan dia "eee... ikut2". Tapi bagus juga la, sama-sama dapat rasa tu sakit.ngeee... Then tadi 1 lagi kebetulan, aku tanya dia "Awak buat apa tu?" Jawapan dia " "Tengah tengok Raja Lawak". Kebetulan la pula time tu aku tengah tengok Maharaja Lawak kat youtube, & sebelum tu tengok raja Lawak. Eh, macam berjanji la kita. =) Banyak sangat kebetulannya. Hope itu petanda yang baik.hoho...;p

 Hasil Kerjasama kami... kalau chat di YM ni la kerja kami, main lukis-lukis, + main x-o-x-o...
 
.: 2am dia akan bertolak dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Semoga selamat sampai ke destinasi.
 

Wednesday, February 1, 2012

Practice Makes Perfect

Assalamu'alaikum & selamat pagi.

Semalam angin kerajinan tahap melampau telah datang. Check bahan-bahan... ok semua bahan ada. Teringin lah pula buat puding roti. Before ni buat puding jagung tapi tak berapa nak jadi, rasa dah ok tapi lembik semacam je. So, kali ni cuba nasib pula buat puding roti. Dapat resepi ni dari blog orang. Taip je Diari Bonda InsyaAllah jumpa lah blog tu. 
Orang lain sibuk prepare dinner aku sibuk buat puding. Resepi yang simple & bahan-bahan pun senang nak dapat. Bahan diperlukan, susu cair, telur 3 biji, butter, tepung kastard, gula.

Cara nak buat :
1. Panaskan susu cair tu. Agak-agak dah panas, matikan la api tu.
2. Masukkan 2 sudu besar tepung kastard & 2 sudu besar butter ke dalam mangkuk. Then masukkan beberapa sudu susu cair tadi tu. Gaul-gaul supaya tak berketul-ketul.
3. Bila dah sebati campuran tu, masukkan bahan2 tersebut ke dalam bekas susu cair yang kita dah panaskan tadi.
4. Selepas tu, masukkan 7 sudu gula (ni kalau ikut resepi yang dari blog Diari Bonda) tapi saya letak 5 sudu je. Tu pun dah cukup manis.
6. Kat bekas lain, pecahkan 3 biji telur ayam. Kacau guna garpu (dan yg sewaktu dengannya), masukkan essen vanila. Kemudian masukkan telur tersebut ke dalam campuran susu cair + tepung kastard tadi. Kalau nak letak serbuk kayu manis pun boleh juga.
7. Then carik-carikkan roti (kalau orang KK panggil roti paun, ada kawan-kawan panggil roti potong) & masukkan ke dalam bekas kukusan yang dah digriskan dengan butter. 
8. Last step, tuangkan campuran susu cair tadi ke dalam bekas tersebut then kukus la selama 45 minit. 

Mudah je kan. Selamat mencuba kepada yang nak cuba tu.=)

.: Dia selalu bagi support bila aku kata nak masak tu masak ni. Dia kata "practice makes perfect". Kalau hari ni tak jadi, next time try lagi. :)